Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Wednesday, October 28, 2009

ulangtahun pertama Perkahwinanku

semalam 27 oktober 2009, genap la setahun usia perkahwinan kami. dah dah setahun la aku menjadi isteri. terasa cepat masa berlalu..
kebetulan, seremban ada cuti khas sampai hari isnin, boleh la aku luangkan lebih masa sedikit dirumah.
mungkin kerana ulangtahun yang pertama, aku dan suami excited nak menyambutnya. kami dah sepakat nak sambut di tempat yang kamu selalu keluar gi dating dulu.. Teluk Senangin, Lumut. hehehe...
aku pulak, memang dh merancang nak buat sedikiy kejutan untuk suami tersayang. cuma tak tau menjadi atau tidak.
namun semuanya terpaksa kami awalkan kerana kesibukkan dan ueusan msing2. aku terpaksa balik ke seremban sebelum 27 okt kerana akan menghadiri BIG sementata my Hubby plak kena pergi kursus Bahasa Inggeris di taiping pada hari yang sama.

sebagai tanda kasihku, aku hadiahkan suamiku sepasang tali leher yang baru. kerana aku tahu yang my hubby tu tak de koleksi tali leher yang banyak. lagi satu, dia cuma akan pakai mana yang dia rasa paling suka dan paling selesa.

sepasang tali leher buat suami. pasal beli kat ne dan berapa harga, jangan la di tanya ek.. yang penting ikhlas.. hehe...

waktu aku bagi kat my hubby, dia tekejut sikit dan tak habis2 ucap terima kasih. katanya, "sori coz abang tak de suprise utk ayang"... alaa.. aku tak kisah pun.. tak pe laa.. bukan hadiah yang menjadi ukuran. hehehe..

keesokkan harinya, kami sepakat nak makan tengahhari di luar. jimat. tak yah aku masak. hehe... kami sampai di teluk senangin selepas zohor. ermmm dah lama kami tak sampai ke situ rasanya sepanjang perkahwinan kami, memang kami tak pernah ke situ. dah banyak perubahan tempat tu..

haaa... ini la kejutan dari my hubby, rupanya my hubby dah beli kek sempena ulang tahun kami ni.. ni yang sayang lebih kat my hubby ni. hehhe..

happy wedding annivessary to idris and intan....


lepas makan kek, kami jalan2 dan sembang2..



bila hari dah agak petang, kamu decided nak gi makan. aku teringin sangat nak makan ABC special lat Lumut Waterfront.. memang best..
so hari tuh, kami makan ABC, laicikang, nasi goreng dan char kue tiaw...
lepas makan, jalan2 kat lumut waterfront. then baru balik sebab hari dah nak maghrib.. kami terpaksa balik awal sebab banyak lagi yang perlu disettlekan memandangkan aku akan balik ke seremban keesokkan harinya.






malam tu, aku ironkan baju suamiku untuk dia menghadiri kursus. kejutanku tak habis lagi untuk dia..hehehe..
lepas baju siap di gosok, aku selitkan nota2 kecik dalam poket baju dan seluarnya..
kemudian baju itu aku lipat dan masukkan dalam beg..


bila hari dah siang, dah masa kau berangkat balik ke seremban. suamiku ambil cuti sebab nak hantar aku ke stesen bas.
aku sampai agak lewat di stesen bas. nasib baik tak tertinggal. waktu berpisah ngan suami aku dah merasa sangat rindu. hatiku berdebar-debar. padahal tak sampai lagi satu jam.. rupanya diapun sama.

petang tu, suamiku selamat sampai di Hotel Sri Malaysia, Taiping untuk berkursus selama 2 hari. dan sesi pertamanya bermula pada waktu malam..
malamnya, suami aku terus call aku lepas sesi ceramah dia selesai. dia tekejut sangat bila jumpa kertas dalam poket seluar dan bajunya.. lepas habis call dia mesej plak,
" abg amat tekejut bila jumpa msj2 ni, ingtkan tertinggal kertas dalam seluar. anyway thanks syg.. i appreciate it.... "
waa bahagianya rasa dapat mesej macamtu.. penghargaan dari suami pun dah aku anggap sebagai hadiah..

macam tu la kenangan hari ulangtahun perkahwinanku yang pertama.
aku teringat yg suami aku ada tanya, apa yang boleh aku buat sebagai refleksi kepada setahun perkahwinan kami..
tak banyak boleh aku jawab padanya, tapi mungkin coretan ni, aku tujukan buatnya.. terlalu awal untuk kita menilai utuhnya kasih dan sayang kita, tapi saya bersyukur kerana selama perkenalan kita dari sekolah ke alam pertunangan dan hingga kini, belum pernah kita bermasam muka. saya harap ianya kekal begitu, semoga kita saling memberi dan menerima..
mungkin pasangan lain dah menimang cahaya mata dalam tempoh ini, tapi kita perlu tunggu sedikit masa lagi. besar pengorbanan yang telah abang buat untuk saya.. thanks for everything you have done for me.. semoga ALLAH akan terus merahmati kita dan mengekalkan kita dalam keadaan saling memerlukan dan membantu.... maafkan lah saya andai ada cacat cela dari urus atur saya dari segi makan, pakai hingga la ke bilik tidur..

may ALLAH bless us... amin...

Sunday, October 11, 2009

pameran bahan pemulihan BBM PISMP sem 2

seminggu lepas raya yang lalu, semua bebudak PISMP sem 2 IPGM kampus Raja melewar telah melangsungkan sebuah pameran yang dinamakan pameran bahan bantu mengajar pemulihan bahasa melayu yang melibatkan satu batch.
kerja2 menghias booth kami.. walaupun mulut duk sosek2 dan bising sangat tapi tangan tetap jalan...

pameran berlangsung selama 2 hari, so memang banyak bahan bantu mengajar yang comel dan berwarna warni telah dipamerkan..

kami plak yang cukup malas nak buat ABM dalam kelas tu terpaksa la bersungguh-sungguh siapkan jugak dalam masa 2 hari sebelum masa pameran. tapi walaupun last minit, hasilnya tetap boleh dianggap membanggakan. siap ada kelas yang jeles ngan kami tau.


yang ni antara berpuluh-puluh BBM yang ada digerai kami.. comel tak??

ni plak boneka yang kumpulan aku hasilkan.. kerja last minit, so wat mana yang sempat je laa.. guna apa bahan yang ada.. tapi tak sangakan tetap mendapat sambutan dan siap ada orang tempah lagi tau...

hmmm... ni laa senior aku yang sangat berminat dengan boneka hasil kerja kumpulan ku itu dan telah sanggup membelinya daripada kami.

sepanjang pameran berlangsung, kami bergilir jaga gerai kami tuh mengikut jadual.
ada sesuatu yang menarik pada booth kami bila ramai yang berkunjung iaitu kami ada satu sukaneka yang untuk diorang, actually mende tuh adalah salah satu daripada bahan pameran tapi oleh kerana dengan kekreatifan rakan2 ku ini, mereka telah menginovasikan bahan itu sebagai bahan yang boleh menarik perhatian orang datang kat gerai kami ni.. permainan itu ialah membaca ayat pemintal lidah.. bila orang tu dapat membaca dengan betul atau tidak dapat membaca dengan betul akan dapat ganjaran. walaupun sebenarnya ganjaran tuh mende yang sama... diorang je tak tahu.. hehe..
di gerai kami, waktu boring2... hehehe...

bebudak kelas aku.. hari pertama kami merancang nak pakai baju bertemakan hitam untuk satu kelas.

pada hari kedua pameran, kami decided nak pakai baju kelas kami yang dah setahun ditempah tapi masih blom berkesempatan untuk digayakan. so, apa lagi.... pada hari tu, kami melaram laa.. semua orang tye, bju ape yg kami pakai.. hehehe...



macam2 gaya dan feel kami pada hari tersebut dengan baju korporat kelas yang baru 1st time kami pakai..

pameran berakhir setelah semua pensyarah siap membuat pemantauan kepada kami dan telah memastikan kami menerima pengalaman yang baik dan menarik dalam pengedalian pameran yang boleh dipraktikkan pada masa akan datang.



Sunday, October 4, 2009

sosek-sosek hari raya..

menjelang hari raya hari tuh.. aku pun turut merasai kepenatan menyambut satu syawal. lebih-lebih lagi bila dah ada umah sendiri ni. semua nak difikirkan.. dari hiasan rumah sampai le ke kuih raya dan makanan yang nak dihidangkan.. nasib baik suami aku pun jenis yang sangat bersemangat pasal mende2 macam ni.. so, dia banyak tolong aku dalam bab2 hias rumah.. sebelum raya lagi aku dah tempah langsir dari seremban. sampai rumah, laki aku yang bersemangat untuk gantung dan hias langsir tuh.. tema raya kami tahun ni adalah warna coklat. dari kelengkapan rumah sampai la ke baju raya semuanya warna coklat. nasib baik tak de yang tegur, beli baju percuma langsir ke?? hehehe....

beberapa sudut dalam rumahku, hasil sentuhan kreatif suami ku tersayang..


menjelang malam raya, aku rasa kepenatan yang amat sangat.. taj tau la kenapa.. siangnya, aku berkumpul kat rumah keluarga mertua.. semua ipar duai aku ada sekali. kami masak ketupat dan aku tolong mak mertua masak rendang dan kuah kacang.. lepas buka, kami balim rumah sendiri, aku masak lagi kat rumah aku untuk juadah pagi raya dan susun kuih raya dalam bekas... malam tu, kawan suami aku datang beraya, kira tetamu kami yang pertama datang beraya kat rumah tu..
lepas kawan suami aku balik, aku dah rasa tak larat, terasa kepenatanya. aku jadi moody sangat. payah gak suami aku nak pujuk bila aku buat hal di malam raya.. subuh tu, aku bangun awal pagi.. iron baju raya aku dan suami dan sediakan kelengkapan. pagi raya tu, mak mertua aku buat kenduri kesyukuran sebelum orang gi sembahyang raya.. sebelum gerak ke rumag mertua, aku bermaafan dengan suami aku.. terasa banyaknya salah dan silapku padanya.. sayu je saat kucupan singgah di dahi..

lepas habis kenduri, kami gi sembahyang raya.. lepas balik sembahyang raya, ada sesi fotografi di rumah mertua. yelahh tahun ni, aku dianggap orang baru.. so, kenalah tukar gambar yang kat dinding tu.. heheehe..
suasana raya dirumah mak mertuaku.. pagi2 raya, adik ipar aku yang sorang ni dah gi begambar ngan vespa kesayangannya tuh.. ish2.. klasik sunguh la mamat sorang ni.. lepas balik sembahyang ray, kami bermaafan sementara anak-anak buah dah beratur minta duit raya.. heehhe..




a nice moment together...

tak sampai tengahhari, aku dan suami balik rumah aku plak. kami gi beraya ke rumah nenekku sebelah abah di hutan melintang.. setiap tahun kami akan wat macam tuh.. biasa la, keluarga abah semuanya jawa. sian kat suami aku yang hanya senyum je bila orang bercakap sebab dia tak paham... hehehe....



adik-adikku beraya kat rumah nenek sebelah abah... seronok sangat diorang di beraya n kumpul duit raya..

my parents



petangnya, kami dah selamat sampai kat rumah semula..
dalam masa 1 hari je boleh pusing kedua-dua belah famili.. itu la kelebihan kawin dekat. hehe..



hari raya kedua, duk kat rumah tunggu orang datang. petang plak gi beraya ke rumah kawan2 suami aku kat sekitar changkat lada.


raya ketiga, kami beraya ke rumah keluarha sebelah abahku.. penat la juga, habis satu hari kami gi beraya.


raya keempat, jiran belakang rumah aku wat kenduri kawin tapi aku tak gi datang tolong pun. just datang makan dan tunjuk muka je.. yelaa, sebab time tu la orang tengah ramai nak datang rumah. hehe..

raya kelima, aku gi beraya lagi... kali ni, belah keluarga suami dan rumah kawan2 aku masa sekolah dulu..

raya keenam dan seterusnya, ramai students suami aku datang rumah.. ada masa tu, cikgu aku pun datang jigak. jenuh la kau nak masak mee goreng berulang kali untuk tetamu2 tersebut. hehe...


antara student suamiku yang datang beraya. ni baru kira satu kumpulan, ada la 2 -3 group lagi yang tak sempat aku nak tangkap gambar.

ermm... sepanjang aku balik bercuti raya ni, rasanya memang bukan masa untuk aku buat assignment.. semua kerja2 assignment langsung tidak bersentuh.. heheehe..

itu la sedikit sebnyak kisah ku berhari raya.. pertama kali sebagai isteri dan menyambut dirumah sendiri. bila fikir2, seronok jugak walaupun kepenatan mengurus rumah tangga itu sukar digambarkan..




akhir sekali, ucapan salam aidilfitri ikhlas dari diriku, dan suami buat semua....


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Maaf atas semua kesilapan dan kekurangan....

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...