Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Salam semua..
time untuk balik kampung.. nak raya dah.. aku akan sambung entry yang seterusnya dengan banyak2 cerita ek.. hehehe..
bas aku akan bergerak pukul 11.00 pagi nanti, tapi cam tergerak nak wish selamat hari raya kat sini untuk youall semua. malam tadi, kuar gi buka kat luar then, antar tasya naik bas ke terengganu dan sambut beday sepu iaitu hari ni.. happy beday EPU!!
sampai bilik, kononnya nak mengemas beg,menyelesaikan mana yang tak sudah namun akhirnya terbaring juga atas katil yang dicintai.. hehe..
pukul 4.00 pagi aku terjaga, baru teringat ada sesuatu minta dikerjakan. kemas mana yang patut, cuci mana yang kotor dan selesaikan mana yang tak sudah..
hari ni, ada lagi 2 hari untuk aku berbuka dengan suami dan keluarga.. sian abang, macam tak biasa je tak berbuka dengan isterinya ini. padahal sebelum kawin ok je.. hmm.. pelik2.. memang semua lelaki macam tu ke? aku pun tak paham..
dan lagi 2 hari juga kita semua, muslimin dan muslimat akan menyambut ketibaan syawal yang mulia..
memnag tahun ni, hari raya pertama aku sebagai seorang isteri dan menyambutnya di rumah sendiri.. mungkin ada bezanya dengan tahun yang sebelum ni.. cuma mungkin kami tak seperti pasangan suami isteri lain yang berebut nak balik kampung mana pada hari raya pertama. hehe..
dan bermula pada tahun ini juga, aku sedar ada insan lain yang bayar duit zakat fitrah buat dirik.. bukan abah lagi tapi suamiku sendiri. di situ la letak peranan dan tanggungjawabnya..
arghh... belum puas lagi rasanya hidup sebagai anak abah, maksudnya beraya bersama keluarga sendiri.
itulah takdir namanya kan..
cuma kita kena selalu beringat mana letaknya peranan dan tanggungjawab yang tergalas di atas bahu..
k lah, masa untuk bersiap dan tarik beg menuju ke kampung... we will meet again soon.
salam aidilfitri buat semua dan maaf zahir batin pada semua andai diri ini atau tarian jari pada keyboard ini pernah mengguris hati dan perasaan semua..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...................

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan ini....

pejam celik pejam celik, tau2 dah sampai ke pertengahan ramadhan... tak sangka kan? cepat je masa berlalu.
orang cakap, masa bulan ramadhan ni la kita diuji.. entah kuat entah tidak kita untuk menerima dugaan yang kadang2 hanya sekelumit kesusahan.
bagi aku, aku dah rasa sesak sangat kepala otak ni.. hari2 rasa pening kepala. mana nak pikir assignment yang semakin bertimbun, laptop ku yang bermasalah, dan printerku yang tiba-tiba buat hal.
nak tau tak? aku dah kehilangan semua folder music dan gambar2 dalam laptopku juga beberapa folder penting yang aku rasa amat bermakna dalam hidup aku.. arghhhhh seolah tak dapat menerima kenyataan bila itu berlaku walaupun aku akui ianya atas kecuaian aku sendiri.. waaaa... sangat sedih.. pada masa yang sama, printer yang aku harapkan dapat membantu aku buat assignment buat hal dengan tiba-tiba. entah macam mana dan apa sebabnya, printer aku ada smthing yang stuck kat dalam. aku pun tak tau nak wat cam na dah.. maybe kena antar kedai..
nak antar kedai kena la pakai duit kan?? citer pasal duit, aku lagi kecewa bila aku tau elaun buku yang sepatutnya aku terima tak cukup. kawan2 aku terima hampir RM700 lebih tapi aku hanya dapat hampir RM400 je.. mana tak sedih.. padahal dalam fikiranku ini, macam2 lagi aku nak guna ngan duit tuh... yelahh raya dah dekat. kalo dikira, aku ada 3 buah rumah yang kena diambil tau. aku anak sulung, jadi terdetik juga dihati nak tolong my parents.. hmm nampaknya kena la aku yang berjimat cermat.. tak pe, ikhlaskan je.. baik waktu bulan pose nih..

bila di landa masalah yang sebegini, aku jadi cepat tersentuh n cepat give up..air mata yang berguguran, kadang kala tak dapat dibendung. last2 aku tidur.. itu lah penyudahnya.. namun hanya sementara. kalo kat rumah, my husband sangat risau bila nampak aku nangis. tapi bagi aku itu biasa. hanya ALLAH dan diriku sahaja yang tahu apa yang menyesak dalam hatiku ini..
kadang2 aku rasa nak bercerita dengan seseorang tapi tak tau macam mana nak mula.. arhhh... diam itu lebih baik..

hmmm... itu kisah cedih.. biar lah.. hidup ni memang ada pasang surutnya..
meh citer pasal yang menarik plak.. menarik ke?? hehehe...
ramadhan ini, puasa pertamaku hidup sebagai isteri dan duduk dirumah sendiri..
kalo dulu, sahur or berbuka, semuanya mak yang buat. yang aku just tolong kacau jer..
kali ni, aku kena buat semuanya sendiri..

ni la alkisahnya, aku dapat berpuasa selama seminggu kat rumah dengan suami tercinta.

pagi2 aku bangun pukul 4.30 pagi untuk sahur, lepas siap sediakan semua, baru la gerak my hubby.. nasib baik dia jenis makan je apa yang aku hidang.
bila masuk waktu berbuka, kami lebih refer buka kat rumah my mum or his mum.. so, tak la kena masak banyak sangat..
malamnya, aku ikut my hubby pegi terawih. secara seriusnya, ini lah kali pertama aku sembahyang terawih dan dengan my hubby plak tuh..
ini plak, aku nak berkongsi ngan korang pasal antara juadah yang sempat aku sediakan dalam bulan ramaghan kali ni...
waktu jalan2 kat pasar sehari, my hubby tiba2 berkenan nak makan siput sedut masak lemak. kami pun beli la.. tak banyak, just 1/2 kilo je. sampai kat umah, laki aku terus basuh n potong siput sedut tuh.. ermm semangat sungguh dia. aku pun sediakan la bahan nak memasaknya..
lepas siap masak dan sedia untuk dimakan, rupanya laki aku poting sikit sangat kat siput tu.. ermmm tegang leher lah jawabnya nak menyedut mende tuh.. heheehe... tapi laki aku puji sedap kuahnya.. wahh.. gembiranya rasa hati dengar my hubby cakap macam tuh.. rasa nak senyum je...

yang kedua ni, waktu aku tengah kusyuk wat assignment. tiba2 my hubby datang duk kat sebelah. dia cakap dia teringin nak makan ikan siakap tiga rasa. dia tanya aku tau buat atau tak.. hmm kalo pasal ikan ni, aku kureng lah sikit tapi tak pe, aku bleh la try masak. keesokkannya, dia terus beli seekor ikan siakap. dia yang siang ikan tuh.. yelahh, kalo harapkan aku, alamatnya tak bersiang la ikan tuh.. hehee..

aku goreng dan masak kuah masam manis untuk ikan tuh.. tapi bulan puasakan.. paham2 je laa.. kadang2 rasanya ada yang terkurang dan terlebih.. malam tu, kami berbuka kat rumah nenek aku.. lepas rasa, laki aku cakap kurang masin sikit.. hehehe..apa nak buat, terima je laa.. hehehe..

lepas tamat cuti penggal dan dah tiba masa untuk aku balik ke maktab, aku rasa berat hati sangat nak tinggal suami aku tuh.. sebak je rasa hati.. sebab time tuh, my hubby tak sihat. dia kena sakit bengkak sendi kat kaki.. dia pun sedih je waktu antar aku kat terminal bas Medan Gopeng, Ipoh.. lepas salam dia dan dia cium dahi aku, rasa nak jatuh je air mata nih, aku terus lari naik atas bas.. tak sampai hati tengok dia cam tuh..

hmmm... tak sabar tunggu balik cuti raya...

tapi kena siapkan assignment dulu.. hehehe...

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...