Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, February 23, 2009

subjek perkembangan kanak-kanak

kelas pendidikan untuk subjek perkembangan kanak-kanak berlangsung selama 4 jam pada 20hb yang lalu.. lecturer ktaorang buat kelas ganti sempena ketiadaannya minggu lepas kerana menghadiri persidangan di Genting Highland bersama DBP..

untuk pengisian sepanjang hari ni,lecturer kami yang baik dan tegas ni, iaitu pn azlina Ahmad dah sediakan beberapa aktiviti supaya kami tak bosan dan mengantuk... hehehe... itu memang penting..

pn Azlina buat satu aktiviti iaitu forum tentang teori kematangan dan perkembangan yang telah diutaarakan.
kumpulan aku dapat tajuk 'Teori kematangan biologi oleh Arnold Gisell'...
bagi aku, nasib baaik tajukni tak la begitu merumitkan... dengan bebekalkan pembacaan dan bahan yang tidak begitu mencukupi, kumpulan aku yang terdiri daripada aku, ilah, sepu dan shafikah telah berjaya menjawab semua soalan yang diutarakan dan hampir tepat.. bangga gak jadi popular sebentar. hehehe...
seperti yang diketahui, kajian Arnold Gisell lebih menekankan bahawa baka lebih penting dalam perkembangan kanak-kanak. dia terdiri daripada 5 peringkat yang merangkumi peringkat umur bayi yang baru lahir sehingga umur 5 tahun iaitu pelajar tersebut telah bersedia untuk memasuki alam persekolahan.

setelah tamat 2 kumpulan yang menjalankan forum, kami pergi melawat sekolah Pra sekolah yang berada berdekatan dengan library kampus je..
wahhhh... mcam best je, bla berada dikalangan kanak- kanak pra sekolah.. banyak ragam yang boleh diperhatikan . ada yang hyperaktif dan ada yang suka menyendiri.. rasa bangga tu lahir bla ada orang yang oanggil kta cikgu... nampaknya bertapa satu persediaaan yang begitu padu disediakan sebelum kta layak menjadi seorang guru sebenar.

Monday, February 16, 2009

just want to tell..

dah lama sangat aku tak menjenguk ke laman blog aku ni. mungkin disebabkan kekurangan masa dan keadaan internet yang tak berapa mengizinkan..

kalau nak diceritakan semula perjalanan aktivitiku pada sekitar masa ni, bolehla diringkaskan seperti berikut :
  • mendaftar di IPRM - aku mendaftar di IPRM sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda perguruan untuk pengajian selama 4 tahun pada 12 januari 2009. aku dihantar sendiri oleh suamiku yang sanggup mengambil cuti pada hari tersebut.
  • menjalani minggu orentasi pelajar baru selama 3 hari.
  • kelas yang dilalui sama macam semester sebelumnya, kerja-kerja mula menimbun. kami dapat 2 orang lecturer PSV baru.. aku mula merasai perasaan untuk bergelar seorang guru. dapat dirasa yang setiap subjek aku pelajari amat dekat dihati dan menimbulkan 'aura' sebagai pendidik.
  • ramai plak yang cakap aku dah berubah lepas kahwin, dari segi apa, aku kurang pasti..
  • elaun kami untuk satu semester bersamaan dengan 6 bulan masuk ke dalam akaun kami pada 13 februari 2009, sebanyak RM3200. - aku berhasrat belikan something untuk familyku termasuk my parents, my hubby and my sibling..

begitulah lebih kurang coretan aku sepanjang 2 bulan ni....

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...