Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, December 23, 2008

sweet holiday!!

Honeymoon??
Actually, it is more like a holiday.. but sure la tetap meninggalkan kesan coz it is my dating with my hubby.. memang agak lama dari tarikh pernikahan kami, baru dapat gi dating cam ni..

memandangkan banyak urusan yang masih belum daoat disettlekan, jadi kami selesaikan mana yang perlu dahulu. Suami ku pula sibuk menguruskan pasal rumah baru kami yang mana kami akan tinggal disitu..
Destinasi kami untuk bulan madu yang pertama ini, kami bersetuju untuk memilih Cameron Highland sebagai lokasinya.. memandangkan kami gi waktu hujung tahun, so keadaan dan cuacanya memang sejuk berbanding keadaan waktu aku ke sana sebelum ni…. Kami menginap di sebuah chalet iaitu sebuah perkampungan homestay iaitu, RosChalet di pekan Tanah Rata.
Kami dikenalkan dengan tempat ini melalui kakak ipar suamiku..
Sepanjang 3 hari 2 malam di sana.. kami banyak meluangkan masa untuk berjalan2 n shopping. Hehehe….







taman Tanah Rata, Cameron Highland..



suamiku nak sangat gi ladang strawberry n petik buat sendiri untuk dibawa balik. tapi alangkah sayangnya, sampai je kat tempat tu, ladang tu tak dibuka untuk pengunjung memetik buah pada hari selain jumaat hingga ahad sahaja.. cian kat my hubby.. hehehe...

kami ada melawat ke ladang teh Cameron Bharat. dah sampai Cameron kena la gi semua tempat.. tapi bila dah sampai situ, my hubby tak nak turun plak. so, just tengok dari atas je la...




sebelum balik, kami singgah di Cactus Point n borong bunga untuk our house...

I Love Flowers!!.... huhuhu....

walaupun, it is more like a holiday dalam cuti skolah ni, but it is a memory...

it is a sweet moment together..

just Dinner...........

Lepas kahwin, aku banyak menghabiskan masa di rumah mertua berbanding rumahku. Waktu pulang ke rumahku tempoh hari., suami aku tu ajak ktaorang gathering gi makan dinner kat luar.. yelaa.. dia baru je lepas gaji.. hehehe…
Kami bersama my parents and my sibling gi makan kat sebuah kedai makan di Lumut. Di sea side berhampiran dengan Mariana Beach Resort.. kami gerak selepas maghrib dan hanya ke situ untuk menikmati makan malam..
Walaupun, suami ku itu anak ketiga dalam keluarganya, namun sekarang dia dah menjadi 'abang long'….

sekitar persandinganku...

Dah lama aku tak menjenguk blog aku ni semenjak cuti semester bermula dan semenjak aku mula mengatur hidup berkeluarga.. kalo dulu, bleh je nak kuar bila2 masa yang kita suka.. tapi sekarang dah kena belajar menyusun waktu dan semuanya harus dilakukan dengan izin. Asyik ada je halnya..

Jadi sekarang aku rangkumkan semua cerita dan kisah yang terjadi sepanjang tempoh keterlanjuran aku tidak mengemaskini blogku ini.

Upss… aku lupe nak citer pasal majlis persandingan aku. Pasti kawan2 aku yang tak dapat datang nak tau ceritanya..
Persandingan kami berlangsung sederhana je tapi tetap ada meriahnya.. sewaktu majlis persandingan kat belah puhak perempuan iaitu di rumahku, kami mengenakan tema warna purple. Setelah berbincang, kami berkenan mengenakan busana songket tabuh. Nampak simple je. Tapi ok la kan, janji puas hati..
Mak ayah aku pun buat sepasang baju warna ungu untuk nampak secocok dengan temanya. Begitu jugak dengan adik beradik dan family aku yang lain. Kawan2 aku pun sama.. walaupun, ramai kawan aku yang tak dapat datang kerana disebabkan oleh musim peperiksaan penting ketika itu iaitu STPM dan peperiksaan IPT lain, aku tak kisah. Aku paham kondisi tersebut.
Bebalik pada majlis aku. Pada hari kejadian, memandangkan syamimi dah pakai baju songket purple sedondon dengan baju pengantin ketika itu, jadi dengan kuasa veto yang aku ada, aku telah memaksa syamimi menjadi pengapit aku.. sian dia.. hehehe..
Syamimi nampak sepadan apabila pengapit belah pihak lelaki turut mengenakan sepasang baju melayu berwarna purple..
amacam, kacak tak suamiku ini?? ada gaya pahlawan tak?? hehehe..

Majlis persandingan dirumahku tamat sekitar jam 3.30.. kawan2ku dari maktab terus bergerak pulang ke seremban pada petang itu jugak.. memandangkan mereka punyai masalah yang tidak dapat dielakkan..
Memang lega bila satu majlis dah settle.. petang tu, apa lagi lepas semua orang dah mulai meninggalkan rumah aku, jadi aku dan suami pun menyinsing lengan membasuh periuk dan kuali..
Malam di rumah aku, tak berlangsung apa2 majlis pun, walaupun aku dah menempah kek 2 tingkat seberat 3kg. akhirnya, nasib kek hanya dibiarkan layu sahaja. Lepas membuka hadiah yang kami terima pada hari itu, kami terus berehat untuk majlis esok hari pula iaitu persandingan di rumah belah pihak lelaki..


agak2nya kalo im dipadankn dengan pengapit ni padan tak? hehehe..



ini la 2 orang adik iparku.. yunus n wan

Untuk majlis persandingan di belah pihak lelaki, kami memakai pakaian ala jawa Indonesia kontemperari berwarna brown+gold yang ditempah di bandung, indonesia. Bila pakai, memang terasa macam puteri.. hehehe.. alaa raja sehari la tu kan.. mak andam kami iaitu merangkap kakak ipar suamiku datang tepat jam 11 pagi dan menyiapkan kami.. setelah siap di touch up, kami bersama pengiring terus bertolak ke rumah pengantin lelaki yang terletak kira 20 minit perjalanan. Tambah menjadi ingatan bila suamiku memandu keretanya sendiri dengan berpakaian pengantin siap dengan tengkolok. Sekali pandang, nampak kami macam nak kahwin lari je…

ketibaan di rumah pihak lelaki












dayang2ku yang comel...... hehehe....

Sampai disana, kami disambut dengan paluan kompang dan rebana. Memang nampak meriah. Persandingan dirumah suami lebih unik dan meriah apabila abang iparku merangkap guru sekolah ku menjemput kumpulan tari bimbingannya membuat persemban ketika kami sedang menikmati hidangan makanan. Memang menyeronokkan. selain turut diadakan majlis menepung tawar pengantin.. sian kat im,tasya, mira, n ijad yang kempunan nak menepung tawar hari ti waktu majlis kat umah aku...



tarian from my old school..... nice performance..

bondaku menepung tawar....

Petang itu, sekali lagi aku dan suami membantu saudara mara yang masih ada mengemas mana yang perlu.

Pada malam harinya, diadakan majlis memotong kek dan saling berkenalan dengan seisi ahli keluarga… kami juga membuka hadiah dan pemberian untuk kami itu. Majlis di rumah suamiku, membolehkan aku untuk saling berkenalan dengan keluarganya…waktu ni, ada adat 'bersalam' iaitu tetamu yang datang bersalam dengan pengantin dan saling berkenalan. selain pengantin dapat sedikit wang sebagai 'hadiah', pengantin jgk dapat la berkenal2lan.. majlis tamat menjelang tengah malam..
Aduhh.. memang letih.. leganya bila dapat membaringkan diri atas tilam….

persandingan malam lebih casual.....


my mother-in-law

bukak hadiah...

ucapan penutup from my hubby sebelum majlis tamat...

Begitulah sedikit sebanyak rentetan tentang majlis persandinganku yang telah selamat berlangsung pada 22 & 23 november 2008 lalu.

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...