Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, November 10, 2008

bahtera Abby-Norman

Nampaknya semakin panas kisah keretakan rumahtangga antara dua orang dramatis popular ini. Boleh dikatakan semua suratkhabar dan media begitu fokus dengan memaparkan berita Abby Abadi dan Norman Hakim. sampaikan aku pun tertarik nak meluahkan sesuatu. seharusnya, tragedi sebegini dijadikan iktibar untuk kita semua, bukan sebagai setakat pandai melontar komen dan menyalahkan mana-mana pihak. kalo ikut pandangan dan pendapat aku ni, dalam hal ni kita memang tak patut salahkan mana2 pihak. masing2 ada kelemahan..
mesti you all pun dah baca dan mengikuti kisah ni yang dah selalu keluar dan terpampang kat akhbar, tv atau internet.. saya bukan nak cakap lebih2 tapi ada satu perasaan dalam diri saya yang aku rasa perkara macam ni tak sepatutnya berlaku..
Sebagai seorang isteri, walaupun masih baru bergelar isteri, saya mengerti perasaan Abby. Namun sebagai isteri, seharusnya dia menjaga aib suaminya walau dalam apa jua keadaan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui balasan untuk seorang isteri. Kepada Norman, Abby dan anak2 adalah amanah Allah untuk dijaga. Buruk baik mereka, mereka lah keluarga anda. Merekalah orang yang menyokong anda dalam apa jua keadaan. anda yang bertanggungjawab membimbing mereka. Kenapa harus mencari pasal?
semua orang paham, sedang lidah lagi tergigit, inikan pulak suami dan isteri.. lautan mana lah yang tak di landa gelora.. itu semua lumrah..
adakalanya bila di dlm keadaan demikian, seseorang tu boleh bertindak di luar pemikiran kita…berat lagi mata memandang..berat lagi bahu yang memikul…kadang2 kesabaran boleh tercabar tapi kita sebagai org luar hanya boleh menasihatkan abby bersabar…tapi jika kita di tempat dia…entah bagaimana lagi yang kita lakukan..entahkan kuat..entahkan tidak…doakanla mereka supaya mendpt jalan penyelesaian yang terbaik…bukan hanya untuk abby..tapi juga untuk norman dan anak2…si baby terlalu kecil untuk semua nie…semoga abby beroleh kekuatan dan ketenangan untuk mengharungi dugaan ini…













adegan waktu Abby mengamuk dan serang Norman kat lokasi penggambaran.. dalam kes ni, norman sampai menitiskan air mata...
kita kena sentiasa beringat, setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tuhan kurniakan kita dengan akal so mesti la bijak selesaikan masalah dan buat keputusan dengan bijak bukan ikut hati dan perasaan je.. tengah bengang memang la semuanya pahit tapi akhirnya menyesal. kan rugi macam tu....

Memey Suhaiza....... baru lagi jadi artis. umur pun baru 20 tahun..

saya bukan la nak cakap ape, tapi rasanya tak baik rosakkan rumah tangga orang. kalo rasa keadaan boleh diperbetolkan.. jangan lah rumitkan lagi keadaan.. memang saya tak tau keadaan sebenar tapi semua orang paham apa rasanya bila orang yang kita sayang dirampas orang lain..

lu pikir la sendiri....

saya benci perkataan cerai. bila kita jadi isteri orang ni.. rasa macam tak nak dengar langsung perkataan tu... hope diorang ni, jangan la sampai nak bercerai berai.. mungkin hati tengah sakit dan rasa tak sanggup lagi, tapi Abby kena kuatkan semangat dan bersabar.. Norman plak kena sedar tanggungjawab.. itu le la yang mampu saya katakan sebagai orang yang masih amatur ni......

belajar la menghargai apa yang kita ada. kerana apa yang telah ditakdirkan menjadi milik kita adalah yang terbaik untuk kita....

Tuesday, November 4, 2008

KAU PERTAMA DAN TERAKHIR....

27 oktober 2008 (27 syawal 1429H),

Tarikh yang telah membawa aku ke dunia yang baru. Aku telah sah menjadi milik seorang lelaki bernama suami. Wahhh… macam tak pecaya je.. memang tak pecaya. Sangat tak pecaya. Hehehe.. bermula dari seorang guru, kemudian menjadi teman, kemudian menjadi tunang dan sekarang dah menjadi suami yang akan bersama aku sepanjang hayatku. InsyaAllah.. itulah yang dinamakan takdir..

Menjelang hari pernikahan aku ni, memang macam perasaan yang aku rasa. Tapi pada malam sebelum tibanya pagi tu, aku rasa biasa je. Kawan2 aku cakap macam bukan aku yang nak menikah. Tak tau la macam mana aku boleh tenang je malam tu.. sampai lah ke pagi hari, baru aku mula rasa debarnya. Perut mintak diisi tapi memang tak lalu nak makan walaupun ada hidangan yang menyelerakan. Tapi aku tetap berlagak cool..

Setelah aku siap dimekap dan berhias, lagi kuat debaran tu terasa. Saat suami aku dah tiba di masjid dan hanya menanti ketibaan dari pihak kami. Lagi la aku rasa takutnya. Cuma bila ada kawan2 aku ni, kurang la sikit perasaan tu..









sebelum bergerak ke masjid, sempat lagi nak bergambar...





Mak aku pulak tak dapat ikut sekali ke masjid untuk menyaksikan peristiwa tu. Sedih tak sedih. Tapi aku relax je.. tak payah nak paksa-paksa. Cuma kawan2 aku je jadi peneman aku ke masjid..








my school frends....... Yana and Nisa









my frends from maktab, Im, Jaja and Ilah.....









Waktu tiba kat masjid tu, dan aku Nampak rombongan dari pihak lelaki dari pun memenuhi ruang. Ya ALLAH, macam tak larat nak jalan. Rasa nak tumbang je. Huhuhu.. tapi nasib baik boleh cool lagi. Hehehe..








dalam masjid, sementara menanti ketibaan naib kadi..


















mesti suami ku ini pun menanti dengan sabar.. hehehe...









Sementara menunggu ketibaan naib kadi tu, alhamdulillah perasaan aku stabil. Nasib baik ada kawan2 aku yang happening ni.. sempat jugak aku menjeling sepintas lalu ke aras bakal suami ku ketika itu. Nampak muka dia bersih je.. tapi aku tau mesti dia lebih rasa debarnya.. dari mukanya yang agak serius time tu, aku yakin yang dia lebih nervous dari aku..

Saat suamiku membacakan taklik, memang sebak rasa di hati. Aku pun tak tau. Tapi aku rasa, besar tanggungjawab sebagai suami dan isteri.. bukan mudah untuk menjadi yang terbaik. Semuanya perlukan masa..

Tibanya saat suamiku diakad dan dia menerima ijab, aku rasa macam nak tercabut jantung ni.. betapa debarnya aku rasa. Dalam beberapa saat aku akan jadi isteri orang. Dan saat dia membaca qabul hanya dengan satu nafas. Memang aku rasa nak menangis. Tanpa kau sedari aku dan mengcengkam kuat tangan kawan aku kat sebelah.. nasib baik dia terus peluk aku. Tak jadi air mata aku ni nak menitis.. akhirnya, aku sah menjadi milik insan bernama suami..





debaran suami ku...








Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Tapi perasaan
tak percaya yang sekarang aku menggalas satu tanggungjawab baru itu memang wujud.. tapi aku bersyukur, akhirnya ada insane yang akan sentiasa menjaga, menemani dan menyayangi aku hingga ke akhir nafasku….








kau lah cintaku yang pertama dan terakhir..










Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..


AMINNN…..



mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...